Bahan - Bahan :
- 300g mentega
- 280g tepung halus atau tepung gandum
- 1 camca teh serbuk penaik *
- 1 camca besar susu tepung * (*disatukan & diayak )
- 5 biji telur gred A
- 250g telur kastor
- 1 camca besar Ovallate
- 30g Gliserin
- 20g air
- 1/2 camca teh esen vanilla
- 1/2 camca teh strawberry emulco
- 1 camca teh coklat emulco
- Pukul mentega hingga kembang . Masukkan tepung yang telah diayak tadi . Gaul rata dengan mentega . Ketepikan .
- Dalam mangkuk yang kering dan bersih , satukan telur , gula dan ovallate .
- Menggunakan kelajuan yang tinggi , pukul adunan hingga kembang dan gebu .
- Perlahankan speed , masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit sehingga habis . Masukkan gliserin dan air . Gaul hingga rata .
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
- Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
- Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
No comments:
Post a Comment