; Damiya Mysara ;: January 2013

4 Jan 2013

Hanya Tiga Kata . I ♥ U ; Episod 4

No comments:
Sampai saja di kafe, batang hidung Khairi belum lagi kelihatan. Damia dan Suria mengambil tempat duduk yang palik belakang berdekatan dengan tangga. Selepas 5 minit, barulah mereka nampak Khairi. Panjang umur selepas dijadikan bahan 'Gossip' .

"Hey You!!!! Apesal lambat sangat? Saya tunggu bukan main lama lagi tau!" marah Damia.
"Lambat 5 minit jer kot. Takkan dah marah?" balas Khairi.
"Tengok lah air dah berapa gelas dia minum!" nyampuk Suria sambil gelak jahat.

Lama juga mereka berbual, sehingga kafe pun dah nak tutup! Itupun mereka masih lagi belum menghabiskan ayat-ayat terakhir.

Sambil berbual, ketawa, Damia memandang kearah jam dinding yang tergantung berdekatan dengan tempat mereka duduk.

"Alamak! Dah lambat ni, nanti pakcik Guard perasan kita masih lagi kat kafe!" kata Damia mula bergerak.
"Hoi! Tunggu lah aku! Hmm, Khairi kitorang balik dorm dulu eh? K Byeee!!" Suria berlari pantas.

"Fuhh! Nasib baik sempat lari. Tadi aku nampak pakcik Guard lalu. Dah aku masuk tidur dulu." kata Damia.

Damia dengan segera menyelimutkan dirinya dan terus tidur, Suria pula sibuk dengan 'Mr. Teddy'nya.


Keesokan paginya,
Kringg,Kringg | Kringg, Kringg . Alarm di telefon Damia berbunyi.

"Dah pukul berapa ni? Hmm, ngantuk betul lah." kata Damia sambil menguap. Sehingga lalat pun boleh masuk ke dalam mulutnya.
"Woi, cepatlah mandi! Kau dah lambat nak masuk kelas ni." bebel Suria.

Bebel,bebel,bebel sehingga tidak perasan Damia sudah siap untuk ke kelas.

"Hah, aku dah siap dah. Kau? tanya Damia.
"Eh, dah lama aku siap ni." balas Suria.

Mereka membuka seribu langkah dengan segera. Maklumlah dah lambat ke kelas. Akibat Damia yang lambat bangun.

"Fuhh! Nasib baik sempat" usul Suria.

Tiba-tiba, nada dering telefon Damia berbunyi....

Bersambung...

Nak tahu siapa yang menelefonnya? Jom ikuti Episod seterusnya pada masa akan datang ... :)

Thanks for reading, Keep supporting oke ;] ♥