; Damiya Mysara ;: Hanya Tiga Kata . I ♥ U ; Episod 3

16 Nov 2012

Hanya Tiga Kata . I ♥ U ; Episod 3

"Sabar ye sayang. Nah, your favourite food." kata Damia sambil memberikan Friskies kepada Munchkins.

Beberapa seketika, Suria pun sampai ke bilik. Dia lantas memberi salam sambil mengetuk pintu bilik mereka.

"Assalamualaikum!!Damia!! Ni aku, Suria!!" jerit Suria kepenatan.
"Waalaikumsalam. Masuk jer lah. Pintu tu aku tak kunci" balas Damia.
"Apesal kau tak kunci? Pencuri masuk nanti kang." keluh Suria.

Suria yang kepenatan berlalu terus membuka suis Penghawa Dingin pada suhu paling rendah iaitu 16 Celcius. Suria terus melompat ke atas katilnya dan meletakkan kepalanya di atas bantal empuknya.

"Amboi, Suria. Balik-balik jer terus lompat naik katil. Dah lah berpeluh. Mandi lah dulu." leter Damia.
"Aku penat lah lari tadi. Kau main tinggalkan aku jer." keluh Suria.
"Alah, aku risau kat kucing aku yang belum makan ni. Kesian Munchkins kan sayang?" tanya Damia kepada kucingnya.

Damia bertanya seolah-olah Munchkins boleh berkata-kata kepadanya. Damia mengusap-usap bulu kucingnya yang lembut. Suria pula sibuk memeluk Mr. Teddy nya di atas katil.

"Meeoww!" ngiau Munchkins sebagai tanda kekenyangan.
"Dah kenyang ya? Pergi tidur sana." kata Damia.

Hari semakin gelap. Azan di surau blok mereka baru sahaja berkumandang.  Suria dan Damia mengambil wudhuk dan terus memakai telekung. Damia menunggu Suria diluar bilik dan terus menyarungkan kasutnya.

"Eh, kejap Suria. Can you help me? Tolong ambilkan my Baby Iphone pleaseee?" rayu Damia.
"Nah, amik ni." balas Suria.
"Dah takde apa-apa yang tertinggal eh? Kunci bilik dah ambik?" sambung Suria lagi.
"Semuanya dah!" lantas Damia menjawab.

Setelah mengunci pintu bilik, mereka pun menuruni tangga untuk ke Surau. Tiba-tiba, telefon Damia berbunyi. Di skrin telefonnya memaparkan nama Khairi iaitu jejaka kacak yang diminatinya. Matanya terus membulat. Dia pantas menjawabnya.

"Helo Damia." Khairi memulakan perbicaraan.
"Hai Khairi. Ada apa ya?" tanya Damia.
"Saja. Saya cuma mahu ajak awak makan malam selepas sembahyang Isyak nanti di Kafe. Don't worry, everythings on me. Ajaklah sekali Suria awak tu." jawab Khairi selamba.
"Biar betul? Ok, saya tunggu di kafe." balas Damia sambil tersengih-sengih.
"Ok, bye." kata Khairi.
"Bye." Damia menamatkan pertalian.

Inilah kali pertama Damia diajak makan malam bersama jejaka yang diminatinya. Damia juga konfius, mengapa tiba-tiba Khairi mengajaknya makan malam.

"Dia nak tackle kau kot." usik Suria.
"Yakah? Bagus juga kalau dia suka dekat aku." balas Damia sambil menjelirkan lidahnya.
"Dah la. Kita dah lambat ni. Jom sembahyang. Tak payah ikut imam lah. Kan Khairi nak 'date' dengan kau." kata Suria.
"Ok Su..." belum sempat Damia menghabiskan ayatnya. Dia melihat Suria sudah memulakan solatnya.

Mereka lekas ke Kafe setelah siap bersolat. Nak cepat lah katakan. Berlari macam anak ayam. Hampeh!
Sampai di Kafe.....

Bersambung...

Saksikan Episod yang seterusnya pada masa akan datang. InsyaAllah ♥ Thanks for reading, Keep Loving Me ♥

*Sabtu dan Ahad kemungkinan Aina takda. Pergi 'Vacation' iaitu 17/11 - 18/11 . Isnin pula dah keluar result UPSR. Then haritu jugak SDEA >,< Oh Gosh! ♥

No comments:

Post a Comment