; Damiya Mysara ;: Hanya Tiga Kata . I ♥ U ; Episod 2

16 Nov 2012

Hanya Tiga Kata . I ♥ U ; Episod 2

Dalam perjalanan ke kafe, tiba-tiba mereka bertemu dengan Khairi. Khairi adalah salah seorang pelajar yang paling HOT, Famous, Handsome, Bijak. Semua ada lah. Memang semua perempuan akan cair apabila melihatnya. Macam aiskrim dengan matahari lah kot.

"Haiiii Khairi!!" kata Damia sambil mengelip-ngelipkan mata bulatnya kearah Khairi.
"Oh, Hai! Awak sihat ke?" balas Khairi bingung.
"Sudah-sudah lah tu Damia. Kau kata tadi nak pergi Kafe. Tapi sekarang ni...." Suria menyelit.
"Alahh, tau lah kau jeles kan? Hmm, ok lah Khairi. Saya pergi dulu. Jumpa lain kali jer lah." balas Damia sambil mengenyit matanya.
"Ok, bye. Saya pun nak cepat ni." ujar Khairi.

Suria dan Damia meneruskan perjalanan mereka ke Kafe blok mereka. Agak jauh jugalah Kafe daripada dorm mereka. Almaklumlah, besar lah katakan blok mereka tu. Untunglah~

"Cik, Nasi Ayam satu dengan Milo Ais!" terjah Damia sesampainya berada di Kafe.
"Cik, saya pon nak yang sama ya." kata Suria.

Mereka berdua mengambil tempat duduk yang paling hujung sekali kerana ingin melihat Khairi yang sedang berada di padang. Kafe mereka memang hampir dengan padang.

"Nah, makanan dah sampai. Sepuluh ringgit je nak." kata Mak Cik Kafe.
"Ok Cik, Nah duitnya" balas Damia sambil menghulurkan duit RM10 sekeping.
"Tak apa Suria. Everythings on me today." sambung Damia lagi.
"Baik pulak kau harini ya? Selalu tak pon?" tanya Suria hairan.
"Sekali-sekala. Apa salahnya kan? perli Damia.

Setelah Nasi Ayam telah licin di pinggan, mereka berdua menyedut pula seegelas Milo Ais.

"Fuhh! Leganya lepas makan ni." kata Suria.
"Memang lah. Lepas perut berkeroncong. Terus diam perut aku."
"Terima Kasih ya Damia." kata Suria.
"Sama-sama." balas Damia sambil menyepetkan matanya.

Tiba-tiba, telefon canggih Damia yang berjenama Iphone 4 berbunyi.

"Haa! Ni mesti si Nizam. Tak sah kalau tak telefon aku." kata Damia dengan baran.
"Kau tukar jer lah nombor telefon kau tuh. Kan senang." ujar Suria.

Selepas itu, telepon Samsung Galaxy S III Suria pula berbunyi. Suria bingung lalu menjawab panggilan itu. Dia terlupa untuk melihat nama pemanggil. Suria terus menjawabnya.

"Helo?!! Siapa ni??!!." kata Suria marah.
"Helo.. Ni saya lah. Kamal." balas pemanggil telefon Suria.
"Eh, Kamal. Awak tukar nombor kenapa? Tak beritahu saya pon?" kata Suria geram.
"Hehehe, sorry lah. Saya selalu kena kacau dengan 'Unknown Number'." balas Kamal sambil senyum tersipu-sipu.
"Oh, kiranya sama macam sayalah tu!" Damia menyelit.

Damia yang dari tadi mendengar panggilan itu menyampuk dengan kuat.

"Eh, Damia. Awak ni sibuk sahaja orang nak bergayut." kata Kamal.
"Dah lah, jangan gaduh. Ishh korang ni." balas Suria yang dari tadi sabar.

Selepas meletakkan telefon, Suria dan Damia berjalan balik ke dorm. Mereka mahu luangkan masa mereka dengan berehat di dalam bilik. Kucing Damia juga telah dilupakan. Belum diberi makan sejak pagi.

"Eh Suria, aku pecut dulu! Munchkins belum makan dari pagi tadi. Jumpa kat bilik." pantas Damia berkata.
"Ok, hati-hati tau. Jangan sampai jatuh." Suria membalas.

Damia terus memecut laju ke biliknya. Dia melihat Munchkins kucing kesayangannya sedang tidur di dalam bakulnya. Damia mengejut Munchkins dengan memegang hidung kecilnya. Munchkins yang sedang tidur pun terbangun. Munchkins lantas mengiau sambil menggesel-geselkan badannya di kaki Damia.

"Sabar ye sayang. Nak! Your favourite food." kata Damia sambil memberikan Friskies kepada kucingnya.

Bersambung...

Saksikan Episod yang seterusnya pada masa akan datang. InsyaAllah ♥ Thanks for reading . Keep Loving Me, Assalamualaikum ♥

No comments:

Post a Comment