Awan dilangit kelihatan mendung. Damia dan Suria pula duduk di dalam dorm mereka sambil menyanyikan lagu kegemaran mereka yang dinyanyikan oleh Najwa Latif - AdaMu.
"Wei, piching kau out lah Suria!" jerit Damia dengan sengaja. Padahal suaranya juga seperti katak di bawah tempurung.
"Ek'eleh. Kau pun sama jugak lah. Ada hati nak kata aku macam tu." kata Suria yang dalam hatinya geram dengan Damia.
"Eh, cepat touching lah kau ni. hahahaha" gelak sakan Damia sambil berguling-guling di atas katil merah jambunya.
Tanpa disedari, maklumlah sedang asyik mentertawakan Suria, Damia terjatuh daripada katilnya.
"Haa! tu lah balasannya gelakkan aku. Lain kali jangan buat lagi taw." balas Suria sambil menjelir lidah ke Damia.
"Dah puas gelakkan aku? Aku pun dah berpeluh-peluh dah ni. Nak mandi lah." balas Damia setelah terasa penat ketawa.
Dorm sekolah mereka memang sangat istimewa kerana mempunyai sebuah bilik air yang lengkap. Setiap dorm mesti ada. Huh! Istimewalah mereka kan?
"Suriaaa! Oh Suriaa! where are you??!!" jerit Damia dengan sekuat hatinya.
"Aku kat bawah ni punyalah kau tak nampak? Ish,ish,ish." balas Suria.
"Oh kat sini rupanya kau. Kecik sangat. Oke lah Suria. Aku nak mandi kejap. Kalau ada orang ketuk pintu jangan kasik masuk tau." kata Damia.
"Yelaa, Cik Damia." balas Suria yang sudah reda kemarahannya.
"Oke Oke. See you later ok?" ujar Damia.
"Later otak hang! Aku ni tinggal sebilik dengan kau lah. Bukannya satu Appartment berlainan aras." kata Suria yang sudah penat dengan kerenah Damia.
Selepas 10 minit mandi, Damia pun keluar daripada bilik airnya. Suria tidak perasan kerana dia asyik dengan melayari Facebooknya. Damia dengan niat jahat mencuit pinggang Suria.
"Oh Mak Kau!" Latah Suria.
"Ishh, kau ni kalau tak terkejutkan aku tak sah kan? kata Suria lagi.
"Memang tak sah! Haha. Kau ni macam makcik lah. Aku siap-siap dulu. Nanti aku nak pergi Kafe. Kau nak ikut tak?" balas Damia.
"Ermm, boleh jugak. Aku pon tengah lapar ni." kata Suria.
Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Perut masing-masing pula mula berbunyi. Damia sudah bersiap. Begitu juga Suria.
"Dah siap kan? Jom lah. Nanti habis pulak makanan." kata Damia.
"Oke, jom!" balas Suria.
Dalam perjalanan. Tiba-tiba........
Ikuti Episod 2 pada masa akan datang. InsyaAllah ♥ Thanks for spending your time :)
15 Nov 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment