; Damiya Mysara ;: August 2012

31 Aug 2012

Duhai Tuhan

No comments:
Duhai Tuhan....
jika dengan melepaskan cintaku ,
maka aku akan memperolehi kewarasanku ...

Duhai Tuhan....
andai mampu aku meminta padamu saat ini ,

Duhai Tuhan....
meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna ,
biarkanlah cintaku tumbuh ,
biarkanlah ia semakin merekah dan mekar ,
meskipun aku telah layu dan mati ...

Kau Yang Terindah di dalam hidupku ..
Hanya cintamu mekar selamanya ...
Tak inginku lagi mencintai yang lain ..
Kau telah mengikatku selamanya ..

16 Aug 2012

Syawal Menjelang ...

No comments:
ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak tak RABU,
Agar ingatkan KHAMIS, bagitahu
JUMAAT, supaya tak lupa
message kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..

15 Aug 2012

Tarikh Lahir GiveAway By Fateyn Marcello

No comments:

Kalau korang nak join klik sini ok ?

Nama :Aina Damia Maisara Bt Mohd Noor
Umur :12 Tahun
Tarikh Lahir :28/6/2000
Tinggal di :Kluang,Johor
Link Blog :http://ainadamiamaisara.blogspot.com

Hadiah menanti korang !!
1 x Shawl
1 x Perfumes
1 x Mp3
1 x Spectacles
1 x Kad Raya
1 x Kamera Lomo Aquapix - untuk Top Refferal
1 x Contact Lens

Attention !!
Tarikh Tutup : 20.9.2012
Cara Pemilihan Pemenang : Mengikut Random .
Jika kurang daripada 30 orang yg join , dgn serta merta GA nieh akan dibatalkan .
Semoga Korunk Berjaya ! 

Mangsa Tag !!
Tag : Wanie , Akak Nurha

Walaupun Ayien tak ada minta bukti follow , tapi ni bukti saya dah follow :)
dah terbukti dengan jelas kan ?

# Harap sangat-sangat dapat menang sebab ini lah 1st time masuk GA :)
Tq Fateyn Marcello sbb anjurkan contest ni :))))

14 Aug 2012

Resepi : Puding Tiramisu

No comments:

Bahan-Bahan :
85 gram biskuit kering 
150 ml air panas 
1 sendok makan kopi instan 
100 ml gula merah cair 

Bahan Vla :
500 ml susu cair 
75 gram gula pasir 
1/2 bungkus agar-agar bubuk 
50 gram keju cheddar parut 
50 gram tepung maizena dan 50 ml air, dilarutkan untuk mengentalkan
1 kuning telur 


Cara-Cara :

  1. Larutkan kopi instan dengan air panas. Tambahkan gula merah cair. Aduk rata.
  2. Celupkan biskuit kering dalam larutan kopi instan.
  3. Tata di pinggan tahan panas kotak yang dioles margarin. Sisihkan.
  4. Vla: rebus susu cair, gula pasir, dan agar-agar sambil diaduk sampai mendidih. Masukkan keju cheddar parut. Aduk rata.
  5. Kentalkan dengan larutan tepung maizena. Masak sampai meletup-letup. Masukkan kuning telur. Aduk rata.
  6. Tuang di atas biskuit kering. Dinginkan.
Untuk 12 potong

Resepi : Puding Jagung

No comments:


Bahan-Bahan :
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 ½ cawan susu cair
1 sudu besar majerin

Cara-Cara :


1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.

Resepi : Puding Gula Hangus

No comments:

Bahan-Bahan :
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air

Cara-Cara :
  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......


Resepi : Puding Roti Cokletie

No comments:

Bahan-Bahan :
  • a. 100gm coklat masakn
  • 1 sm mentega
  • b. 4 keping roti dipotong kecil
  • 200ml susu cair
  • 100ml air
  • 2 biji telor (dipukul)
  • sedikit esen vanilla
  • c. 6gm agar2 serbok
  • 300ml air
  • 5sm gula

Cara-Cara :
  1. Bahan (a) dicairkan secara double boil..
  2. Bahan (b) .. masukkan kedlm blender n diblend sekejap..
  3. Masakkn bhn (c) .. hingga semuanya hancur n megelegak ..
  4. Masukan bahan (a ) yg tlh cair n (b) yg siap diblend kedlm no.3 .. kacau hingga mengelegak ..
  5. Boleh ler dimasukkn kedlm acuan kegemaran masing2 ..
  6. Simpan dlm peti ais dulu sehingga beku barulah di hidangkan ..



13 Aug 2012

Resepi : Ayam Masak Merah

No comments:
Hye uols ; clokk clokk clokk kelokk ! HAHA *ayam sesat


Bahan-Bahan :


  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-Cara :

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

12 Aug 2012

Resepi : Kek Kukus Mocha

No comments:
Bahan-Bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 cawan minyak mazolla
  • 1 cawan mocha
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur 
Cara-Cara :

  1. Mengunakan mixer, telur bersama gula halus diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak Mazolla dan putar hingga rata.
  2. Setelah sebati, masukkan Mocha kesemuanya dan putar sehingga rata. Kemudian masukkan Bikarbonat dan Baking Powder dan putar.
  3. Masukkan air diselang-selikan tepung gandum yang diayak,tepung hendaklah dimasukkan dengan kuantiti sedikit demi sedikit ke dalam adunan supaya tepung tadi tidak berketul di dalam mixer.
  4. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam loyang. Dan kukus selama 20-45 minit. Selepas kek masak, cara hiasan terpulang kepada kreativiti anda.
  5. Selamat Mencuba.

Resepi : Kek Pisang Bercoklat

No comments:
Bahan-Bahan :

  • 250g mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yang dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150g coklat masakan- diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang 
Cara-Cara :

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba..

Resepi : Kek Marble

No comments:
Bahan - Bahan :
  • 300g mentega
  • 280g tepung halus atau tepung gandum
  • 1 camca teh serbuk penaik *
  • 1 camca besar susu tepung * (*disatukan & diayak )
  • 5 biji telur gred A
  • 250g telur kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30g Gliserin
  • 20g air
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh strawberry emulco
  • 1 camca teh coklat emulco
Cara-Cara :

  1. Pukul mentega hingga kembang . Masukkan tepung yang telah diayak tadi . Gaul rata dengan mentega . Ketepikan .
  2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih , satukan telur , gula dan ovallate .
  3. Menggunakan kelajuan yang tinggi , pukul adunan hingga kembang dan gebu . 
  4. Perlahankan speed , masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit sehingga habis . Masukkan gliserin dan air . Gaul hingga rata .
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Resepi : Kek Batik

No comments:


Bahan-Bahan :

1 paket milo ( kecil )
1 paket biskut marie ( dipatahkan kpd 4 bahagian )
1 buttercup 250g ( kecil )
1 sudu besar esen vanilla 
1/2 tin susu pekat manis ( jangan over sangat )

Cara-Cara :

1.Letak kuali kat atas dapur . Masukkan buttercup ( 250g ) tadi dengan sepaket milo tadi ( semua pon boleh ) dan susu pekat manis . Lepastu kacau kan laju-laju ( jangan kasik dia berketul ) . * jangan lupa hidupkan api tadi !!

2.Lepastu , kalau korang dah nampak macam menggelegak tu , korang boleh la masukkan sepaket biskut marie .Pastikan biskut-biskut marie tu disalut rata dengan coklat tu ( milo+butter+susu ) Tutup api !!
Jangan lame-lame sangat gaul sebab nanti LEMBIK tak sedap kann ??

3.Lepas tu korang letakkan biskut marie yg telah disalut coklat kat dalam loyang ataupun tupperware .
Better tupperware biasa korang sapukan dengan butter dulu . Dah tekan-tekan biskut marie tu sampai mampat , korang masukkan dalam peti sejuk selama ..... ikut sukehati ler , tapi mesti lebih 2 jam kott . Normally 4 jam .

Dah siap dah kek batik korang :)

Attention !
Kalau korang nak plus plus kacang pon boleh , ikut sukahati lah , tapi jangan lah over sangat masukkan MASHMALLOW ke . hehe . kay bye :) SELAMAT MENCUBA



11 Aug 2012

Tutorial : Tulisan Biru Di Facebook (tanpa tag page)

No comments:
Assalamualaikum , 
Maybe ramai kan yang nak buat tulisan blue blue tapi tak reti nak buat .
But sometimes ade yang tag dari page ;) Ape cer . AHAH

Erm tapi mesti lagi best kalau ada kaler PINK ke PURPLE ke HIJAU ke KUNING ke .
Kay , mencarut -,-'

JOM lah mula ;)

korang copy apa yang ada kat bawah ni

@@[0:[0:4:ayat korang]]

Lepastu korang paste-kan lah kat Update Status ( Facebook )
Merah tu tukar dengan ayat yang korang nak .
Haaa kan senang je wehh . Jadi lar tulisan biru korang tuh ;)
<SELAMAT MENCUBA>

Tutorial : Cara masukkan header ke dalam blog

No comments:
Assalamualaikum , Yeay minggu depan hari Sabtu nak raya . Remember ? mestilah tak ade sapa yang takkan tinggalkan peluang keemasan *sangat 

K lupakan , kita straight , Ehm i meant awak straight je *fokus

Seperti contoh :

Korang klik Edit yang Aina dah kotakkan tu .
And then akan keluar 

Kalau korang ada save header ke korang boleh Choose File
Tapi kalau nak grab from mana mana korang paste-kan lah URL nya kat kotak kedua tu .
Kalau nak header ambil lah sini sini sini

Tell me if you done ;)


Tutorial : Cara nak tick expand widget

No comments:
Holla :3 Assalamualaikum .
As easy as ABC . for newbies :)

See the picture :

Korang klik kotak tu seperti yang ditunjukkan . Dah siap . senang je :]

Tutorial : Cara nak cari sesuatu guna Ctrl+F

No comments:
Hai korang !! ^,...,^
HAHA . no potpet potpet allowed . 
cehwahh ;

Example kalau korang nak cari kod or whatever lah kan yang korang nak tu . 
Dia akan memudahkan pencarian .
As easy as ABC . yumyumm .

See this :

Nanti automatik lepas korang taip Ctrl+F *serentak* dia akan keluar box .
Tapi gambar tu , gambar box Google , kalau Firefox box nya kat bawah .

DONE full stop

Tutorial : Cara nak copy guna Ctrl+C

No comments:
Hye !! Assalamualaikum :]
Lama tak jumpa awak , ye awak ..
eh bukan awak lah , orang belakang awak tu .. HAHA :P
<sengal>

Ermm , senang aje sebenarnya , kalau nak tahu ikut step kat bawah ..

1. Underline ayat yang korang nak tu .
2. Tekan button Ctrl dengan button C  serentak !
3. Haa senang je , nanti dia mcm dh ter-copy sendiri . Lepastu korang pi la kat tempat mana yang korang nak paste tuh . 

DONE full stop